Kalau sudi follow ler | Dashboard | +Follow

Thursday, 13 November 2014

Khasiat Petola

 
 
1. Pembersih darah
Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk
membersihkan darah anda dari bahan tercemar. Di samping itu ia
bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.
2. Menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya dalam membersihkan organ hati.
3. Bermanfaat untuk penyakit kencing manis.
Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu
pesakit kencing manis. Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida
dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam
darah. Selain itu juga ia mengawal paras tahap insulin darah ke
kuantiti yang diperlukan.
4. Membantu penurunan berat badan
Ia adalah sangat rendah dalam kandungan lemak tepu; kedua, ia
mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolesterol ke arah
badan; ketiga, ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan
kalori; keempatnya ia mengandungi banyak air di dalamnya. Nilai
pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan,
vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan.
5. Mengawal keasidan serta ulser pada perut.
P/S : Selamat mencuba 

Sunday, 2 November 2014

Kek Gula Hangus




Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan :

1 cawan gula...
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara Menyediakan:

1. Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.
2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.
3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
4. Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.
5. Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.
6. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.
7. Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.
8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.
9. Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan adunan ini selama
3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10. Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)

Tuesday, 22 July 2014

CANTIK

 
★★ 5 petua kecantikan muka tradisional★★
★★Air didih nasi★★
Ambil air didih nasi…ketika sedang menggelegak, biarkan sekejap kemudia sapukan pada kulit muka’ biarkan dalam 5 minit. kemudian bilaskan dengan air . Amalkan selalu untuk dapatkan kulit licin.
★★Tomato★★
Parut sebiji Tomato dan gosokkan pada muka dan leher secara perlahan-lahan. Tomata sangant bagus untuk hilangkan parut. Pakai selama setengah jam kemudian cuci dengan air suam.
★★kentang★★ 
kupas kentang kemudian potong nipis-nipis dan  tampalkan  pada seluruh muka dan biarka sampai kering. amalakan 2 kali seminggu
★★Serbuk teh★★
Gosokkan Serbuk teh yang telah digunakan kemudian sapukan keseluruh mukabiarkan 5 minit dan kemudiian cuci dengan air suam..
★★Lemon★★
Gunakan perahan  air lemon kemudian sapukan pada wajah biarkan  selama 15 minit,  kemudian bilas dengan air suam.